Tuesday, May 17, 2011

Tentang kami

BAB 1:

"Dik, pam 3 Rm15.00 merah, keh"
"Aikk, sikit jer kak, tak oustation ke hari nie"
"Tak, minggu nie nak rehat, otak dah jem"
"Bagus gak gitu kak, lau slalu sangat boleh jadi sawan, kay kak, dah"
"Orait, thanks Irfan"

Aku terus ke kereta yang parking baik punye kat pam3, terus melakukan procedure isi minyak. Cewah cam procedure nak bedah-bedah aje, tapi penting ape isi minyak nie, karang kete mati tengah jalan, nyusahkan diri plak nak tunggu tepi jalan, orang-orang tengok aku terconggok kat tepi jalan, itu tak masuk lagi bab orang berenti konon nak tolong, sebenarnya ngah tolong kurangkan isi dalam purse aku yang tak tebal nie. Sambil aku tunggu minyak tuh nak cecah Rm15.00, mat bangla yang keje situ tolong cuci n lap cermin kete aku nie, kotor sangat ke kete nie. Buat aku nampak cam malas nak cuci kete laupon itu sebetulnya, hehehe,,, tapi mat bangla nie selalu buat camtu lau aku datang isi minyak. Kasi aku serbis yang terbaik betul buatkan aku rase stesen esso nie amat terbaik ler.. oppss dah promote stesen nie...

Aku senyum aje kat die, "Thank you" adap perlu ada dengan sesiapa atau bangsa apa sekalipon. Aku terus masuk kete, drive keluar dari stesen esso ni. Kete aku nie dah kenyang minyak, jadi senang hati aku drive tanpa hala tujuan. Aku sebenarnya malas nak keluar umah, tapi hari nie aku rajin plak nak keluar, cuma aku tak tahu nak pergi mana, nyesal pun ade sekarang nie, takpe-takpe aku teruskan drive, masuk sana, masuk sini, ikut jalan tu, jalan nie, sedar tak sedar, aku dah sampai kat belakang alamanda, satu-satunya shopping complex yang ade kat putrajaya nie. Tengok parking south cam penuh aje, aku rimas ngan orang ramai-ramai nie, jadi aku cadang kat diri sendiri kite masuk kejap aje ler.

Agak-agak polis saman tak aku parking kat luar ni? pikir tak pikir, aku blasah aje parking depan klinik nie, kejap je aku masuk, polis tak prasan kete aku yang comel cam hero nie. Aku dengan pantas terus masuk alamanda, hala tuju aku kat famous amos tuh, beli gummies, beli cookies, and beli jus buah-buahan yang sedap tak henggat tuh, sambil cuba-cuba eskrim dia tu. Ramai gak orang kat tempat nie, tapi aku redah aje. Sorry ler dik, sape cepat, cepat blah. Tak kose aku nak tergedik-gedik depan kaunter terpikir-pikir nak pilih cookies. selesai beli benda-benda tuh semua, aku terus jalan cecepat ke kereta aku tuh. Fuhh .. cam pelumba jalan kaki, aku pikir harap-harap tak kena saman. Tak sampai 10min aku dah smpai kat kete kesayangan chenta hati aku nie. hokhok... tak kena saman, yeayyy.. slamat duit aku. Cecepat aku masuk dalam kete, takut karang polis tetibe muncul. aku terus gerak ke taman depan PICC tuh,, leh aku relax-relax otak nie..

Tak ramai orang petang-petang nie, belum masa kot, agaknya tak kuar lagi dalam alamanda tuh kot, bantai leer aku dulik ape. parking kete, terus aku ker port yang sangat aku suka, pondok hujung dekat ngan empangan tuh. kutip semua benda-benda yang aku beli tadi, bawa kat pondok tuh, aku ambik gak buku yang sentiasa ade dalam kete nie, saje aku boh dlam kete nie, tuk bosan-bosan cam sekrang. Aku melangkah terus menuju kat pondok yang sedang nanti aku, lau aku sawan, mesti aku rase pondok tuh ngah senyum kat aku, lambai-lambai panggil aku, rindu kot kat aku yang dah tak jenguk dia. dulu aku suka ngelamun kat pondok nie, sedih suka geram semua aku sembur kat pondok nie. huyoo... ngan bunyi air empangan plus udara yang sepoi-sepoi bahasa yang syahdu nie, buatkan aku rase cam nak tido sini gak, tapi karang aku bantai tido buatnya datang sape-sape kaco aku, atau tengok aku tido tak ke naya nanti. aku nie tido tak ayu pon, mulut ternganga aje, dah macam-macam peta baru aku cipta kat bantal umah aku tuh.

Buku kat tangan aku nie, cam tak masuk otak aje, cam aku tengok page yang kosong, ape benda yang aku bace nie... aku dok kat pondok nie, buatkan dia muncul kembali, satu-satu memori muncul balik dalam kotak memori yang tak bape nak elok nie. cam lalat aje muncul-muncul balik, aku tepis, aku halau, ade je yang datang balik. Sebabkan dia lah aku sanggup buat keje yang belambak-lambak kat opis, aku sanggup kesana-sini tak henti-henti buat kerja, aku sanggup dok opis dari pagi sampai malam. aku dera otak aku sendiri ngan bizikan benda-benda yang tak bagi aku pikir benda-benda lain lagi. aku semakkan diri tuk aku tak ade masa tuk ngelamun. bukan aku nak lari, tapi lau aku tak lari nanti semua-semua memori tuh tak bagi aku gerak, tak bagi aku semangat. buatkan aku tak teurus dengan diri aku nie, bayangkan sebabkan dia aku tak makan, keluar-keluar umah, aku tak jaga diri nie pon, yang aku hadap, tilam bantai ngan air mata. sebabkan dia jugaklah aku hanya terpikir nak bunuh diri, semua lah nak ....

aku tarik nafas dalam-dalam, aku dah malas nak fikir tentang dia, satu hape pon aku tak nak pikir tapi sebabkan kakak ipar aku tepon hari tuh buat kan aku terpikir balik tentang dia ... Waaaaaa, kejam!!

***
'Dik, dia call akak tadi" Kak Ita memulakan bicara
'Huh? Apesal call akak, ada plak masa dia"
Aku buat buat tanya, dengan harapan kak ipar aku ni cakap 'Dia' rindu aku
"Dia cerita, luah rasa hati kat Akak, Banyak jugakla ceritanya"
"Mengadu ape lagi? Saya dah tak cari, tak nak kat dia dah. Tutup cerita lama, sedih pedih ni tak hilang lagi, cukuplah dengan apa yang terjadi"
"Ntahla, Katanya masih sayang kat kau, perasaan untuk kau tu masih ada. Sejak kecil lagi dia dah suka kat Kau, dengan harapan akan kawen dengan Kau. Tapi Keadaan tak mengizinkan korang teruskan hubungan ni. Akak rasa Kau paham kan"
"Alasan je semua tu. Berjanji bagai akan bersama selamanya, akan sabar dengan segalanya. Akak tau tak, sebulan kiteorang putus, dia dah dapat penganti, dia dah ade orang lain. Pedih kak, sakit sangat hati ni, senang-senang dia cari"
"Akak pon tak tau la dik. Tapi itu yg dia cakap kat Akak. Kau pon tahukan Keadaan hubungan korang. Mama tak suka Kau ngan dia. Mungkin sebab itu kot dia mengalah, tak nak sebabkan dia Kau bertengkar, bergaduh dengan mama, tak nak Kau jadi anak derhaka"
"Hurmmmm"

Ya, sebab dia, aku sentiasa bertengkar dengan Mama. Aku sentiasa mahu mama merestui hubungan kami. Mahu mama terima bahawa aku sangat mencintai dia, mencintai insan bernama Harith Haikal. Mungkin sebab itu la hubungan kami sentiasa berombak, berguruh petir kilat sentiasa, restu tiada, dosa Melimpah... Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku...
"Bodoh Kau ni!! Padan muka Kau!!" ngomel sendirian aku...
Sekali lagi, aku mengelamun panjang.
"shake it off, Husna Humaira Arshad!! Your life is better now, Move On sista"

Ya Allah, Alhamdulillah atas segalanya, Amin amin amin...

No comments:

Post a Comment