Monday, August 31, 2020

Tentang Kami 2

BAB 2

"Kringgggggg"
Yup, aku masih guna lagi jam berdering bingit ni, sebabnya aku tau, takat alarm kat tepon, bunyi syahdu syahdu memang aku takkan bangun. Sungguh aku amat amat malas nak gerak gie keje. Tapi karang mana aku nak cekau duit buat belanja. Kalau bapak aku dalam senarai "most riches man in the world", mungkin la aku mengendeng habiskan duit bapak aku tu. And yet, i'm just a simple normal person, jadi nak tak nak, harusla aku gagahkan diri bangun siap gie keje.

"Bbbrrrrrrr"
"Sojuk ehhaii"
Segar terasa badan lepas mandi pepagi nie. Lepas selesai solat subuh, aku bersiap ala kadar tapi kemas serta wangi. Aku langsung ke dapur buat breakfast yang pon ala kadar, oat dan milo. Rumah aku beli dengan hasil titik peluh menitik. Rumah teres setingkat, bilik ade tiga. Aku jenis tak rajin kemas rumah. Jadi rumah simple je. Sofa sebuah buat landing tengok tv, meja makan empat seater. Lagipon rumah aku ke tempat kerja dalam sejam lebih je. Enviroment pun elok, jiran-jiran ramah tapi tak nampak makcik mesyuarat tingkap. Tapi boleh la kalau nak mintak bantuan ape-ape. Sekolah dalam 15minit je, bas awam senang dapat, pasar awam dekat, macam-macam lagi kemudahan yang ade. Jiran kanan aku family melayu, ada 3 orang anak. Lelaki 2 orang, perempuan sorang. Sekolah lagi semua. Kadang dengar anaknye melalak, maknye bising suruh anak belajar. Yang kiri pulak, family cina anak 3 orang jugak, ade anjing dalmation dua ekor, kadang-kadang aku balik, anjingnye yang hegeh-hegeh kat pagar sambut aku. Anak-anak family cina ni semua dah besar. Depan rumah aku pulak, family india, suami isteri doktor, anak 2 orang. Sorang menengah, sorang darjah 5.
Semua aku okay. Perlu kenal dan baik-baik dengan diorang, karang lau ade hal, aku leh mintak tolong.

"Sunyi rumah aku ni" gomel aku sensorang.

Terus aku call mama.

"Assalamualaikum ma"
"Waalaikumussalam, haa ape tu?
"Takde ape, saje call, rindu, hehehe"
"Iye? Rindu, balik jenguk mama ni"
"InsyaAllah ma, mungkin this weekend, tapi kena tengok jadual dulu. Takut kena outstation"
"Haa, ialah, kamu sudah sarapan ke?"
"Dah, makan oat dan milo je, janji alas perut. Mama breakfast ape tu?"
"Pagi ni mama buat mee goreng dengan teh panas. Pastu abah keluar b VBeli surat khabar, mama suruh cari kuih-kuih"
"Alahai, rindu teh panas mama, hukhukhuk"
"Kamu jangan nak skip makan. Karang gastrik pulak. Ubat tu sentiasa bawa. Letak dalam bag"
"Hehe, tak la. Dalam bag, dalam kereta ade roti, biskut. Buat kudap-kudapan. Okay ma, nak gerak gie kerja dah ni. Love you ma"
"Love you too. Elok-elok kerja tu. Nanti ape-ape, call mama tau"
"Yelah ma, kirim salam abah dan kakak, bye. Assalamualaikum ma"
"InsyaAllah. Waalaikumussalam"

7.15 pagi.
Bergegas kemas dapur, cuci cawan, kunci rumah. Siap dengan ayat-ayat pendinding, laupon rumah aku takde benda sangat, tapi haru jugak lau ade yang masuk. Kereta aku park dekat luar, malas aku nak masukkan semalam. Aku start enjin kereta, bagi enjin panas, aircond sejuk.

"Asyik lagu sama je diorang mainkan"

Sambil aku menekan punat search. Akhirnya aku pilih Klasik Fm.

"Haaa, baru syok layan lagu-lagu zaman dulu"

Kawasan rumah aku ni kira selamat gak. Pak Guard belambak, selalu ronda cek kawasan. Harap jangan pak guard buat onar sudah. Bulan-bulan management kutip duit buat bayar pak guard, kalau ade yang buat onar, aku serang management terus. Sambil drive, aku ikut nyanyi lagu yang diputarkan. Seronok jugak melayan lagu-lagu lama ni. Lagu baru pon ada yang best tp banyak yang xmakan jiwa. Feel tu kureng. Sampai tempat kerja, aku cari park yang nanti tengah hari panas tak kena ke kereta. 

"Assalamualaikum Wani" tegur ku ke budak receptionis yang ayu bertudung, kemas berpakaian kebaya. Bos aku selalu bising ke Wani, 
"You are the first person orang akan tengok bila masuk office sy ni, jadi saya nak you sentiasa kemas, muka senyum, cakap lembut tapi tegas okay"
Aku rase bos bagi extra elaun ke Wani ni. Suruh beli barang-barang kecantikkan muka. Untungla bos sayang. Hahaha, sayang office maksud aku, boss aku taknak orang cakap buruk-buruk pasal office dia.
Aku terus melangkah ke meja kerja. 

"Weh, sape letak file menimbun kat meja aku ni? Aku kena field work harini" tanya aku ke Cik Mona sebelah meja. 
"Aku smpai pagi tadi memang meja ko penuh segala file ni. Aku x sure la beb"
"Aduss, urgent ke ni eh?"
"Ko cek la file tu, aku pun tak tau, takde memo ape-ape kat meja ko?" 
"Takde plak" 

Benda-benda macamnilah buat aku angin satu badan. Malas betul aku nak duduk pejabat minggu ni. Planning aku jammed la cmni.

"Husna, kamu siapkan file-file ni semua dalam minggu ni submit" kata bos aku yang berdiri terpacak depan meja. 
"Alamak bos, sy minggu ni urgent nak outstation ke Melaka. Haritu bos da sign form planning yang sy submit tu" 
"Awak boleh pas projek tu ke Farhan. Dia pon ke Melaka kan" 
"Projek saya ni. Semua planning, sistem dah submit. Sekarang ni saya nak jumpa En. Kamal untuk bincang tarikh proceed projek"
"Jadi, tinggal untuk bincang tarikh sahaja kan, pas ke Farhan. Biar dia bincang dengan En. Kamal. Awak settlekan file ni"

Dengan itu, bos aku berlalu pergi tinggalkan aku terkebil-kebil sambil fikir perkataan yang sangat-sangat sesuai dengan mood dan keadaan sekarang ni.

Aku terus jupe Farhan kat meja dia.
"Weh, Alhamdulillah, nasib baik ko tak keluar lagi"
"Apahal? Bukan ko pon kena keluar pergi jupe En. Kamal ke pasal nak bincang tarikh tuk proceed projek ko tu?"
"Ermmm... Itula, aku dah siap dapat sign approval dari bos, tuptup harini dia selambakkan segala file yg selama ni Pn. Khaltum urusakan"
"Aikkk... Habis tu, macam mane dengan En. Kamal?"
"Itu yang aku jupe ko ni, ko pergi Melaka gak kan? Aku arrangekan appointment ko dengan En. Kamal tu, eh..." 
"Adeh... Aku nak kena pergi masuk town ke? Adus, tak dapat lah, appointment aku penuh. Sorry sangat-sangat" sambil Farhan susun 10 jari ke aku.
"Abis, camner plak ni"
"Ko bincang la balik dengan bos, aku seriously tak boleh nak masuk appointment dengan En. Kamal tu. Planning aku penuh ni"

"Kalau macam tu, kita pergi sama selesaikan hal projek Melaka tu, Husna"

Terkaget aku dengar suara yang tak beberapa merdu kat belakang aku ni.

'Ishh... Kenapa plak dia ni nak ikut pergi selesaikan gak. Selama ni aku dok kesana kesini peluh ketiak mengadap orang, settle itu ini takde plak nak ikut bagai' bisik hati aku yang terkebil-kebil mata dok fikir macam-macam

"Pukul berapa nak gerak Husna" bos aku tanya lagi melihatkan aku diam dari tadi.

"Pukul 11 pagi nanti saya gerak"
"Okay, naik kereta saya"
"Bos takyah ikut la kot, bagi saya settle sendiri projek ni"
"Eh, saya nak jugak tengok projek tu. Sambil tu boleh saya adjust mane yang perlu. Pukul 11 pagi kita gerak. Awak tunggu saya kat meja depan. Saya nak email report sikit" 

Aku ni bermimpi ke hape, tiba-tiba dia nak ikut pulak. 
Aku tengok Farhan kemas segala file yang perlu dia bawa

"Okayla naik dengan bos, save minyak keta ko tu. Bila lagi ko nak merasa naik keta Nissan Murano dia tu"
"Citt, aku rela naik Satriani aku tu, plus dapat elaun minyak keta dan tol. Aku boleh nak nyanyi kuat-kuat, boleh nak buat sukati aku, takdelah aku kekok kang. Awkward wehhh"
"Hahaha... Ada bodyguard lah ko. Takdela En. Kamal tu nanti nak mengatal duduk rapat dengan ko tu"
"Betul jugak kan, tapi adehhhh"

Farhan tergelak melihat reaksi aku yang masih berdiri utuh depan meja dia. 
"Dah-dah, aku nak gerak dah ni. Doakan aku selamat pergi selamat balik dengan settle semua kerja-kerja aku dengan sempurna."
Lantas dia capai bag dan file-file2 terus berlalu keluar dari pejabat. Sempat dia singgah ke meja Wani. Apa yang dia cakap ke Wani aku taktau. Yang aku tau, dia ada hati dengan Wani.

Aku berlalu ke meja sendiri. Kemas file yang perlu aku bawa ke dalam bag. Sambil tu aku sempat selak file yang menimbun kat meja aku ni. Ralit aku baca file yang ada, sampai tak perasan bos berdiri depan meja aku.

"Husna, awak nak pergi atau nak siapkan file tu,?
"Eh... Lah, maaf boss, leka pulak. Saya da lama siap, tunggu bos aje ni" sambil tangan aku mencapai bag yang sudah aku siapkan "okay, jom"

Maka bergerak lah kami ke Melaka.